Senin, 08 Maret 2010

4 Tips Backlink

tips-meninggalkan-jejak-blog-lain

Ni tips sikit kepada blogger-blogger yang rajin blogwalking, tentang macam mana meniggalkan kesan di blog lain dengan lebih efektif. Kalau siapa-siapa nak tambah boleh pos kat ruangan komen.

1. Gravatar

Ha. ni kalau sesiapa tertanya-tanya kenapa ada sesetengah orang yang komen kat sini ade gambar, tapi ada yang tak. Ni lah rahsia dia. Blog Wordpress memang support Gravatar ni, untuk Blogspot pihak Gravatar masih dalam perbincangan dengan mereka. Ni mesti sebab Google banyak paham la ni..

Kalau selalu komen/melawat blog-blog Wordpress, eloklah ada Gravatar ni. Cun sikit komen tu nanti. Register ngan email, upload gambar dan setlle.

Jadi apa penting sangat Gravatar nih? Kalau blog korang ada logo sendiri, seperti contoh blog Kenwooi maka boleh la guna logo tu. Bila komen mana-mana, orang yang baca komen and setakat tengok logo blog tu pun dah tau siapa yang komen. Ni dah kira macam branding jugak la dan top-top blogger lain memang guna cara ni untuk branding blog diorang. Blog aku xde logo lagi (xreti buat), so guna gambar sendiri sudah.

2. Chatbox

Korang baru tulis pos baru yang memang target untuk orang-orang tertentu yang korang rasa mesti mereka minat punya nak baca dan lepas tu tinggalkan komen. Jadi tinggalkan link ke pos yang tu terus bila pos kat chatbox diorang supaya senang bila diorang datang balik, pos tu terus terpampang depan mata.

Bila kita mudahkan orang macam ni, dengan harapan rajinlah nanti diorang nak baca pos korang tu. Yelah, kita ni tulis blog je pun, belum tentu apa yang kita tulis ni orang nak baca. Kalau pembaca tu tinggalkan komen, memang dah cukup bagus la. Kiranya tak sia-sia la memerah otak tulis pos panjang-panjang. Bukan semua orang ada banyak idea nak tulis artikel-artikel menarik sepanjang masa.

3. Follow selagi ada apa yang boleh di follow

Oklah, ni aku mengaku aku pun xperfect sangat dalam bab follow-follow ni. Tapi ada la juga mana yang mampu aku tolong tu, aku tolong la.

Jalan-jalan, jumpa blog baru. Tengok kat Google Friend Connect tu pun adelah dua tiga orang je jadi dengan ikhlas hati follow la blog tu. Bukannya apa, kasi moral support sikit. Nanti dia mesti curious, "sape pulak yang follow aku nih" dan terus melawat blog orang yang follow dia. Dari situ secara tidak langsung dah dapat visitor baru.

Kalau blogger tu ade Twitter and korang pun ade, follow je. Dah follow tu tegur la dia kan kat Twitter. At least boleh tau account Twitter tu dia letak bot ke x. Aku memang fed up kalau terfollow bot nih. Bot akan Tweet non-stop, lepas tu ntah hape-hape yang mengarut je dia Tweet.

Aku awal-awal dulu pun lemah semangat je kalau blog ni sunyi sepi. Tapi sebab ade geng-geng yang selalu datang, bertahan la jugak.

4. Tinggalkan komen

Yang ni cara paling berkesan. Sape xbaca sampai habis memang rugi sebab tak tau. :p

Bila ada komen mesti kita approve komen tu kan? Secara automatiknya memang 75% of the time kita akan melawat blog commentator tu. Lagi bagus komen dia, lagi tinggi keinginan kita nak melawat blog dia balik. Betul x?

Kalau blog tu ada CommentLuv lagi bagus. Free-free je link kita diadvertise kat blog tu. Untuk pengguna Blogspot, aku dah buat Tutorial Pasang CommentLuv pada blog korang. Tak test lagi, so tak tau boleh ke x. Korang try. Aku penah explain kenapa aku suka CommentLuv ni. (English)

p.s: Rasa macam nak buat contest la. Tapi tengok keadaan dulu. Banyak contest kat blog lain masih open, tak nak kacau line.

0 comments:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More