Tutorial Joomla 1.5 kini dalam versiBahasa Melayu dan bertulis. Nampaknya tak ramai sangat yang sukatutorial dalam bentuk video. Hee.. Tak sama sebenarnya pembaca blog diMalaysia dan luar negara. Blogger-blogger luar negara lebih gemarkantutorial dalam bentuk video sebab diorang tak perlu membaca dan scrollke bawah untuk baca tutorial. Tapi, lain pula dengan pembaca blog diMalaysia, mereka lebih sukakan tutorial bertulis dan bergambar. Mungkindisebabkan oleh Internet agak lembab sejak kebelakangan ini. Nak streamvideo slow. :D
Jadi, sekarang aku sediakan pula tutorial Joomla yang bertulis danbergambar. Tapi tutorial Joomla video masih akan diteruskan sehinggaselesai.
Dalam post ini, anda akan belajar bagaimana untuk install Joomla 1.5 menggunakan Fantastico dan secara manual.
Menggunakan Fantastico
Untuk install Joomla 1.5 menggunakan Fantastico, anda perlu login ke cPanel hosting anda terlebih dahulu dan klik ikon Fantastico De Luxe,berada di bahagian bawah dalam cPanel anda. Kemudian cari link Joomla1.5 di sebelah kiri sidebar di dalam Fantastico De Luxe itu dan klik.Kemudian klik New Installation.
Selepas klik New Installation, anda akan diberikan form untuk isidetail semua yang berkenaan dengan web Joomla baru itu. Anda perlumasukkan info-info seperti dibawah:
- Install in directory - merujuk kepada address url dimana anda hendak install web Joomla anda. Jika anda mahukan web Joomla anda berada di domain asal (cth: www.balootisme.com), anda hanya perlu abaikan bahagian ini. Jika anda mahukan web Joomla anda di sub directory (cth: www.balootisme.com/blog), sila masukkan ‘blog‘ di ruangan Install in directory ini.
- Admin access data – masukkan username dan password pilihan anda sendiri, untuk akses ke web Joomla anda nanti.
- Admin email – masukkan alamat email anda
- Admin full name – masukkan nama penuh anda
- Site name – masukkan nama web anda, nama yang bersesuaian dengan tema web anda (cth: Malaysia Joomla Web Developer) anda boleh menukar Site name ini kemudian.
- Install sample data? - jika anda mahukan sampledata atau sample content dalam web Joomla anda, tandakan ruangan ini.Aku suggestkan supaya anda tanda ruangan Install sample data ini supaya senang untuk anda membuat rujukan tentang kedudukan content nanti. Sample ini termasuk menu, artikel dll.
Setelah kesemua ruangan diatas telah pun diisi, klik Install Joomla 1.5. Setelah selesai install Joomla 1.5 ini, anda akan menerima detail untuk akses ke administrator laman web anda (cth: www.balootisme.com/administrator), sila Bookmark url ini untuk kegunaan anda nanti.
Secara Manual
Jika anda tidak mahu menggunakan Fantastico De Luxe untuk installJoomla 1.5, anda boleh gunakan cara manual. Anda hanya perlu mengikutisetiap step aku dibawah ini untuk install Joomla 1.5 secara manual.Langkah 1:
Bina satu database MySQL dan add user baru kepada database tersebut. Cara ini begitu mudah, semuanya di dalam cPanel anda.Create database MySql menggunakan cPanel
Langkah 1.1:
Anda perlu login ke dalam akaun hosting cPanel anda terlebih dahulu untuk create database. Klik MySQL Databases untuk akses ke database panel anda.Langkah 1.2:
Sila masukkan nama database anda di dalam ruangan New Database dan klik Create Database.Langkah 1.3:
Satu screen page akan keluar untuk mengesahkan anda telah pun create satu database baru, seperti dibawah:Langkah 1.4:
Anda boleh klik Go Back untuk kembali ke ruangan skrin untuk manage database tadi.Setiap database yang di-create tadi akan menggunakan nama username (username cPanel), sebagai contoh: username_databasename dan ini merupakan nama database yang akan anda gunakan nanti untuk install Joomla 1.5.
Setelah selesai create nama database, anda perlu create user untukdatabase dan assign user ni kepada database tadi. Anda hanya perlumemasukkan username dan password untuk create MySQL user. Sila rujuk gambar dibawah:
Selesai masukkan username dan password untuk MySQL User, klik Submit.
MySQL user juga akan menggunakan nama username cPanel anda (username_user).
Langkah 1.5:
Setelah database dan user database di-create, anda perlu masukkanprivileges tertentu untuk user tersebut akses ke database. Untukberbuat demikian, anda perlu memilih melalui drop-drop menus di Add User To Database dan klik butang Submit:Satu skrin akan keluar setelah anda tekan butang Submit tadi, dan anda perlu klik All Privileges dan klik Make Changes:
Selesai create database.
Kesemua Langkah 1.1 hingga 1.5 di atas boleh dirumuskan denganmenggunakan MySQL Database Wizard. Klik icon tersebut, dan anda akandiajar langkah seterusnya untuk create database dan add user kepadadatabase tersebut. Cara ini lebih cepat. Dan, hasilnya adalah samadengan cara Langkah 1.1 hingga Langkah 1.5 tadi. Gambar icon MySQL Database Wizard:
Langkah 2:
Setelah selesai create database menggunakan MySQL di dalam cPanel tadi, anda perlu upload kesemua file Joomla ke dalam webhosting anda. Sila download file Joomla yang terkini terlebih dahulu di Joomla.org.Langkah 3:
Extract file download Joomla di dalam PC anda terlebih dahulu. Kemudian upload file tersebut menggunakan FTP. FTP kegemaran aku adalah FileZilla. Anda boleh download software FTP Filezilla secara percuma disini. Upload file Joomla kedalam public_html jika anda mahukan web Joomla anda di domain utama (www.balootisme.com), atau buat satu sub domain atau sub directory jika anda mahukan web Joomla anda berada di tempat tersebut (blog.balootisme.com atau www.balootisme.com/blog).Langkah 4:
Selesai upload file Joomla, sila ke domain yang anda upload file tersebut, http://www.balootisme.com, dan skrin untuk install Joomla akan keluar di domain tersebut seperti dibawah:Sila pilih Bahasa anda, aku sentiasa pilih English (United Kingdom).
Langkah 5:
Joomla akan cek sistem hosting anda, untuk tentukan samadawebhosting anda sesuai untuk kegunaan web Joomla atau tidak. Jikawebhosting anda gagal dalam sistem ini, kemungkinan web anda akandi-hack amatlah besar kerana tidak mempunyai sistem sekuriti yangkukuh. Jika anda mendapatkan webhosting daripada Exabytes, anda tidak akan mempunyai masalah untuk langkah ini.Langkah 6:
Selepas itu, klik Next untuk ke langkah seterusnyasetelah selesai cek ciri-ciri yang diperlukan oleh webhosting untukinstall web Joomla 1.5 ini. Klik Next lagi untuk terima dan bersetuju dengan lesen penggunaan web Joomla.Langkah 7:
Untuk langkah ini, anda perlu memasukkan segala detail database,nama database, user database, dan password database yang telah andabuat tadi di Langkah 1.1 hingga Langkah 1.5. Contoh untuk isi ruangandatabase:Langkah 8:
Seterusnya, anda perlu setup untuk File Transfer Protocol (FTP)untuk laman web Joomla 1.5 anda. Anda boleh skip step ini dan tekan Next. Langkah ini tidak begitu penting dan biarkan ianya di-set secara default sahaja.Langkah 9:
Pada langkah ini anda perlu memasukkan segala detail tentang lamanweb Joomla 1.5 anda. Seperti email anda dan password dan juga Title webJoomla anda. Di sini juga anda boleh Install Sample Datajika anda mahu. Penerangan tentang Install Sample Data ada diterangkandi bahagian atas post ini (bahagian Fantastico). Setelah selesai, klikbutang Next.Langkah 10:
Anda telah pun berjaya install laman web Joomla 1.5 secara manual. Kini, apa yang perlu lakukan adalah, delete folder file Installation. Folder ini terletak di dalam FTP anda (dalam public_html). Setelah selesai delete folder Installation, anda boleh menggunakan laman web Joomla anda sekarang. Login admin ke http://www.balootisme.com/administrator (cth).DONE!
0 comments:
Posting Komentar