Ramai yang tanya aku macam mana aku boleh handle blog yang banyak. Aku bukannya ada satu, dua atau tiga, tapi aku ada 40 blog termasuk free blog. Aku tahu, ada orang yang mempunyai lagi banyak blog dari aku tapi diorang pun macam aku. Ada cara tersendiri bagaimana untuk handle blog-blog yang banyak tu. Lain orang, lain caranya. Tapi, itu bukan tujuan utama untuk entri kali ini. Entri ini aku nak berkongsi dengan korang semua bagaimana untuk memulakan blog.
Zaman sekarang ni ada lagi ke yang tak tahu apa itu blog? Atau juga dikenali sebagai weblog? Kalau korang tak tahu blog tu apa, blog tu seperti yang korang lihat sekarang ni la. Sebuah platform di mana korang boleh kongsikan segala idea, pendapat, perasaan, pengetahuan, isu terbaru dan segala-galanyanya yang korang nak sampaikan kepada orang lain. Mungkin ada yang berkata buat blog ni bukan bagus pun, menceritakan hal peribadi pada orang lain. Memang betul pun, ada blog yang sangat-sangat personal. Ada blog yang menceritakan hal peribadi sendiri, tapi biarlah dia. Dia nak menceritakan dan berkongsikan kisah hidup dia. Tak salah kan? Mana la tau nanti pada suatu ketika nanti, dia dah takde. Boleh la korang membaca kisah kehidupan dia sepanjang dia hidup.
1. Percuma atau host sendiri?
So berbalik kepada topik kita. Bagaimana untuk memulakan blog? Well, ianya tidaklah sesusah mana pun. Terdapat pelbagai service yang disediakan di Internet. Yang utama dan yang selalu orang pakai pada zaman sekarang ni adalah, Wordpress.com dan Blogspot.com. Kedua-duanya mempunyai rating yang baik pada ketika ini. Tapi bagi aku, korang pilih yang Wordpress sebab ianya lagi mudah, fleksibel, banyak themes dan stucture yang kemas.
Tetapi, kalau nak best lagi, korang beli la hosting dan domain sendiri. Lagi best. Lagi senang korang nak handle blog korang sebab korang bebas untuk melakukan apa saja apa blog korang tu. Kalau gunakan servis-servis percuma ni, selalunya pergerakan kita terhad dan tak boleh nak buat macam-macam. Lagiun, sekarang ni hosting dan domain dah murah dah. Korang boleh dapatkan domain serendah RM28 setahun dan hosting pakej 5Gb dengan harga RM68 setahun. Dah murah sangat-sangat dah tu. Setahun, tak sampai pun RM100 korang bayar. Kalau sehari simpan duit RM1 x 5 hari x 4 minggu x 12 bulan, korang dah boleh kumpul duit sebanyak RM240. Ha, lebih dari RM100 tu… Takkan la tak boleh nak beli hosting ngan domain sendiri.
2. Script enjin yang digunakan
Sekiranya korang decide untuk beli hosting ngan domain sendiri, aku cadangkan korang pilih Wordpress sebagai script blog korang. Ianya popular. Even aku pun menggunakan Wordpress di semua blog-blog aku. Bukan saja ianya percuma, malah senang dijaga, mempunyai plugin yang banyak, theme yang banyak dan rakan-rakan blogger yang ramai. Cara nak setup script Wordpress ni pun, tak la susah mana. Korang boleh tanya aku if korang nak tahu macam mana caranya.
3. Setup title, description, kategori
Then, setelah korang mempunyai blog, korang decide la title apa yang sesuai nak digunakan. Description dia apa. Kategori-kategori yang nak digunakan. Setup dulu segalanya. Nak advanced lagi, gunakan plugin-plugin yang menarik untuk memeriahkan dan mempelbagaikan lagi blog korang tu. Setelah selesai semua itu, korang buat la artikel korang yang pertama. Ucaplah apa-apa yang korang nak ucapkan. Nak ucap terima kasih pada aku pun boleh sebab aku terangkan pada korang bagaimana nak memulakan blog ni ha. Aku tak kisah pun. Aku terima je ucapan terima kasih korang dan aku akan balas balik dengan sama-sama. Baik kan aku? Hu3.
4. Promotekan blog korang
Selepas itu, korang promotekan la blog korang tu. Kecuali la kalau korang taknak orang lain baca blog korang. Cara nak promote pun bukan la susah mana. Ajak la kawan-kawan korang untuk datang lawat blog korang. Bagi link dia. Selain tu, korang lawat la blog orang lain jugak dan berikan komen-komen yang sepatutnya. Komen dibuat bukan untuk spam tapi ianya untuk kita berikan pendapat kita mengenai artikel yang ditulis oleh blogger tersebut. Ala korang ni, macam tak paham-paham pulak. Nanti dah habis baca entri ni, bagi la komen. Ades!
5. Pasang tracking code
Dan kalau korang bosan-bosan, tambahlah tracking code kat blog korang. Macam aku, aku gunakan Google Analytics. Ianya percuma dan mempunyai banyak features. Memang aku galakkan korang untuk menggunakan Google Analytics nih. Banyak benda baru yang korang akan dapat tahu bila korang menggunakan Analytics ni. Kalau korang nak tahu apa yang best yang terdapat dalam Analytics nih, korang kena la cuba dulu. Hu3.
6. Update blog korang
Then, setelah korang lakukan semua di atas, korang duduk la diam-diam. Update blog korang macam biasa. Tulis je apa yang korang terasa nak tulis. Pastu tu, gi lawat blog orang lain pulak. Then duk diam-diam balik. Then update lagi blog korang tu. Lama-kelamaan, akan datang la orang yang berikan komen kat website korang tu. Pada mulanya, memang la susah nak dapatkan pengunjung tapi janganlah risau sangat sebab kat dunia ni, takde benda yang senang. Semuanye kena bersusah payah dulu.
Sebagai contoh, korang pergi la kat website aku tu. Korang browse la entri-entri aku pada aku mula-mula blog pada tahun 2005. Berapa je yang nak bagi komen. Berapa orang je yang nak datang melawat. Tapi skang ni, bila dah 2 tahun aku berblog, dapat gak aku pengunjung tetap yang sentiasa menantikan entri-entri terbaru aku. Sama la jugak ngan korang nanti. Jangan berhenti usaha. Walaupun takde orang yang berikan komen, tak semestinya takde orang yang baca entri korang tu. Just teruskan menulis, menulis dan menulis. Dan tak lupa juga, lawat dan berikan komen-komen yang bernas di blog orang lain.
7. Kesimpulan
Jadi diharapkan dengan sedikit tips dan kaedah yang aku kongsikan di sini, dapatlah sedikit sebanyak membantu korang dalam membuat blog. Nanti kalau blog korang dah femes, jangan la lupa kat aku ni. He3. Whatever pun, aku doakan korang semoga berjaya dalam dunia blogging. Ingat, tak semestinya tiada komen sebab orang takde, dan tak semestinya orang takde sebab tiada komen. Korang faham tak ni? Takpe-takpe, suatu hari nanti korang faham la.http://www.duitberjuta.co.cc
0 comments:
Posting Komentar