Selasa, 12 Januari 2010

Apa itu CSS?

CSS ialah teks ASCIIyang mengandungi arahan-arahan untuk memformat dokumen web. Iamemudahkan anda untuk membuat reka letak dan persembahan web sepertipenggunaan fon, saiz fon, warna latar dan lain-lain.

Cara mudah untuk menerangkan CSS ialah dengan memberikan contoh berikut. Lihatkan kod di bawah ini sebagai contoh, ia dimasukkan di bahagian HEAD halaman web anda kerana setiap pelayar web anda akan memahami style sheets.


KOD
<style type="text/css">
<!--
BODY {
background-color: white ;
color: black ;
font-family: Arial, Helvetica, sans-serif ;
}
-->
</style>


Kod di atas akan menyebabkan halaman anda mempunyai latar belakang putih dan teks berwarna hitam. Teks pada BODYakan menggunakan sama ada typeface Arial, Helvetica, ataupun jika tidakterdapat kedua-duanya, ia akan menggunakan typeface Sans-Serif.

Kelebihan CSS
Mengapa tidak terus menggunakan sahaja HTML untuk memformat dokumen?

Sebenarnya salah satu alasan mengapa perlunya pengetahuan tentangCascading Style Sheets ialah ia membolehkan anda memformat elemendengan mudah dan cepat.

Saya beri satu contoh berikut:

KOD
<H1></H>


Tag H1 diatas digunakan untuk teks header. Apabila anda menutup teks didalam tag ini, teks tersebut akan dinampakkan sebagai header.Bagaimanapun, ramai orang baru (newbie) dalam HTML yang kadang kala terkeliru dan sering meletakkan header di dalam tag FONT seperti berikut:

KOD
<FONT><H1>Teks</H></FONT>


Hasilnya, dokumen anda akan menjadi semak dengan kod berformat, malahjika anda ingin menyeragamkan semua header-header, terpaksalah andamengubah semua header-header pada keseluruhan dokumen.

Dengan CSS,jika anda inginkan header H1 untuk menggunakan typeface Sans-Serifbersaiz 24-point, secara yang mudah letakkan baris berikut diantara tagCSS anda:

KOD
H1 {
font-face: san-serif ;
font-size: 24pt ;
}


Kerana setiap kali anda menggunakan H1, ia akan terus memformat kepada fon Sans-Serif bersaiz 24.

0 comments:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More