Minggu, 25 Juli 2010

Masalah streamyx slow +lambat

Slow internet kat rumah. A bit notes as reminder for my self. Troubleshooting tips included. Antara punca yg biasa mengakibatkan streamyx menjadi slow (slow sikit atau banyak) dari end point di rumah seperti di bawah:

  1. Line telefon ada noise (bunyi bising yang tak sepatutnya ada – sangat biasa terjadi)
  2. Modem semakin panas (modem / router modem)
  3. Collision paket yang terlalu banyak (masalah pd roter / switch “dan atau” pc)
  4. PC – NIC (kad network) yang problematic.
Untuk kesan masalah2 tadi tak susah. Sebelum telefon “100″ bagi membuat aduan masalah internet, pin-point masalah yang betul2 terjadi penting, supaya masalah mudah utk diselesaikan samada oleh anda atau technician TM nnti.
**Sebelum cuba troubleshoot (mengesan masalah), pc yang digunakan sebolehnya fresh installation windows dan tiada applikasi 3rd party (yakni aplikasi tambahan) kedalam windows, untuk isolate (mengasingkan) masalah hardware dan software dari proses troubleshoot ini. Tetapi, klau streamyx tiba2 menjadi lambat2, berbanding hari sebelumnya, tak perlu untuk fresh windows installation.
Line fone yg ada noise (bunyi bising)

 

~off pc, dan angkat fone, cuba call 103 dan ckp dengan operator ape-ape saja.. ambil masa 1 min, beri perhatian pada bunyi fone, klau ada “buzzing”, means, masalah line fone ada noise.
  • on pc, dan masuk ke menu router (192.168.1.x – x: bergantung pada jenis/ip router), check statistik untuk adsl / atm, lihat transmite “tx” dan receive ”rx” error counts. Sepatutnya column ini tidak mempunyai error counts seperti disebelah (jika ada error counts untuk “tx” atau “rx”, line fone juga bermasalah yang melambatkan talian broadband). Jika diperhatikan dengan betul, dari semasa ke semasa, error counts ini akan meningkat, keep increasing sampai talian streamyx (ter/di)putus.
  • Dah confirm masalah line? call “100″, pilih menu bagi “Perkhidmatan internet” dan terus ke “Bantuan Teknikal”. Beri tahu pada “pembantu teknikal streamyx-tm”, masalah “noise” atau “bunyi bising” pada talian telefon dan internet terlalu slow. PENTING: ambil dan simpan salinan nombor report yang diberi! Dalam masa 24 jam, pihak sub-vendor dari TM (telekom malaysia) akan datang dan membuat ujian noise ke atas talian fone anda. Tiada bayaran dikenakan! (biarpun cable terpaksa ditukar, etc, etc). Bantuan teknikal streamyx dan TM adalah 24 jam, dan masa kiraan bagi selesaikan masalah ini dikira saat report pada bahagian teknikal dibuat. Jika dalam 12 jam, tiada technician yang datang ke rumah, call semula “bantuan teknikal” dan semak status report anda, tanya samada technician telah membuat remarks atau belum. Sekiranya belum, jelaskan keadaan streamyx anda adalah sangat mustahak. Itu sahaja.
  • Semasa technician datang ke rumah, make sure masalah internet slow-down di selesaikan dengan membuat verification keatas kelajuan internet. Semak kelajuan internet disini. Sekiranya belum selesai, tanya technician itu kenapa masih terdapat bunyi noise pada talian. Sekiranya noise telah terhapus, mungkin masalah lain juga menyebabkan slow-down streamyx.
Modem (atau router modem) semakin panas.
  • Modem (kebiasaanya router modem yang digunakan oleh semua pelanggang streamyx), menjadi panas disebabkan banyak faktor. 
  • Tutup router-modem dahulu.
  • Setiap alat elektronik atau elektrik sekalipun, kecekapannya akan berkurang sekiranya suhu pada alat semakin bertambah. Overclockers patut tahu prinsip asas ni. 
  • By commonsense, tempat yang tertutup adalah satu faktor yang paling kerap menyebabkan router-modem menjadi panas. So, elakkan meletak router modem di tempat yang tertutup, atau di bawah meja, atau di dalam laci, atau di mana sahaja yang tidak baik pengudaraannya. 
  • Sebaiknya, letak modem-router di tempat yang ada angin berlalu, especially tempat yg sejuk (air-conditioned).
  • Semak statistik router seperti gambar di atas, dan pastikan error counts bagi “tx” dan “rx” berkurangan atau terus menjadi “0″.
Collision paket yang terlalu banyak (masalah pd roter / switch "dan atau" pc)
  • Paket boleh berlanggar atas masalah pada cable cat 5 (cable network) dan juga pada switch / router. 
  • Masuk ke menu router dan akses ke statistik; lihat statistik bagi menu ethernet / LAN, pastikan takda error pada collision (perlanggaran) dan lain2 ralat yang berkaitan ethernet. Jika ada, cuba tukar cable network (cat5) dan gantikan dgn yang baru. Jika masih ada, pasang switch / router tadi di tempat network lain dan semak semula statistik ethernet. Jika masih ada, switch / router tadi kemungkinan mengalami masalah, tukarkan dengan yang baru.



  • Applikasi yang menghantar paket yang banyak perlu di salurkan secara jelas dan betul (destinasi paket) dengan membuka port pada firewall dan set IP yang betul bagi pc yang menggunakan applikasi seperti itu. Cara set yang betul boleh di perolehi disini : www.portforward.com ; pic disebelah adalah contoh bagi forwarding yang betul bagi telnet dan applikasi torrent.
  • Collision paket boleh berlaku disebabkan terlalu banyak paket yang dihantar pada masa yang sama. Applikasi yang menghantar paket yang banyak selalunya adalah aplikasi yang memerlukan download (downstream) dan upload (upstream) yang besar, seperti torrent dan p2p. Tutup applikasi seperti ini dan cuba troubleshoot semula collision paket error. 
PC - NIC (kad network) yang problematic.
  • NIC (kad network) – klau kesemua masalah diatas telah diselesaikan tapi masih lagi talian broadband slow / lambat, menukar NIC (yg murah) adalah lastresort (perkara terakhir). Kebiasaannya, NIC yang rosak hanya mempunyai dua condition yakni, boleh mengesan cat 5 (kabel network) atau tidak boleh mengesan cat 5. Lampu pada NIC adalah petanda menunjukkan sebarang aktiviti menghantar dan terima paket dari kabel cat 5, dan juga petanda cat 5 berjaya di kesan sekiranya lampu itu menyala secara statik atau blinking (berkelip) dan tidak padam lama.
Ambil perhatian.., tutorial troubleshooting ni hanyalah untuk mengesan masalah streamyx slow / lambat dari end-point di rumah, bukan bagi masalah yang terjadi pada end-point di switch / port TM / Streamyx.

    0 comments:

    Posting Komentar

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More